Selamat datang ke laman web rasmi Pejabat Pendaftar , Universiti Sultan Zainal Abidin
 

Pertanyaan?

09-668 8888
 

Alamat

Pejabat Pendaftar, Aras 3, Bangunan Canselori, Universiti Sultan Zainal Abidin.

PROGRAM KESEJAHTERAAN STAF PEJABAT PENDAFTAR DAN JABATAN KESELAMATAN & KESIHATAN PEKERJAAN - BRISK WALK @ SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN & HARI MALAYSIA 2025

 

PROGRAM KESEJAHTERAAN STAF PEJABAT PENDAFTAR DAN JABATAN KESELAMATAN & KESIHATAN PEKERJAAN - BRISK WALK @ SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN & HARI MALAYSIA 2025

Ahad, 7 September 2025 | 8.00 pagi

Laluan: Dari Bangunan Canselori UniSZA Tasik UniSZA

Alhamdulillah, warga Pejabat Pendaftar dan Jabatan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan UniSZA telah sama-sama menjayakan dan menganjurkan Program Kesejahteraan – Brisk Walk @ Sambutan Hari Kemerdekaan & Hari Malaysia 2025 pada 7 September 2025 bermula jam 8.00 Pagi sehingga 11.00 pagi.

Program ini dengan jayanya berlangsung yang mana En. Muzafar bin Mohd Din, Pendaftar UniSZA dengan cerianya merasmikan program ini. Beliau turut berasa teruja dengan penganjuran program ini yang mana melibatkan semua staf di Pejabat Pendaftar dan Jabatan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan, malahan staf PTj lain juga turut sama menyertai program ini seperti staf dari Pejabat Naib Canselor, Pejabat Komunikasi Korporat & Pengurusan Perhubungan, Pusat Pengurusan Makmal Berpusat dan lain-lain PTj lagi.

Gimik perasmian turut dimeriahkan dengan pemakaian tanjak tema jalur gemilang kepada Pendaftar UniSZA bagi simbolik pakaian para pejuang kemerdekaan tanah Melayu.

Program Brisk Walk ini bermula dari Bangunan Canselori sehingga ke Tasik UniSZA. Tujuan program ini bukan sekadar acara Brisk Walk sahaja, malah ia memupuk semangat kemerdekaan & kecintaan kepada tanah air serta aktiviti riadah bersama rakan sekerja. Jamuan istimewa turut disediakan di Tasik UniSZA dan turut dimeriahkan dengan aktiviti cabutan bertuah.

Kehadiran staf UniSZA memeriahkan lagi suasana dengan penuh ceria, sekaligus mengukuhkan ukhuwah serta menyemarakkan gaya hidup sihat di kampus sepertima inisiatif kerajaan iaitu Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS).

Terima kasih kepada semua yang hadir dan bersama-sama menjayakan program ini. Mari terus pupuk budaya sihat, semangat kebersamaan dan cinta akan tanah air di UniSZA!

#ANMS

#UniSZA #HariKemerdekaan #HariMalaysia #BriskWalk #UniSZASejahtera #TeamUniSZA

#UniSZA

#UniSZAPastiTahu

#IImuDemiFaedahlnsan

#UniSZAexpert #Togetherness #ProudlyUniSZA

#Terengganu #kualanerus #merdeka

#merdekakalike68

#harikebangsaan68

Hubungi Kami

🏢 Pejabat Pendaftar
      Aras 3, Bangunan Canselori
      Universiti Sultan Zainal Abidin
      Kampus Gong Badak
      21300 Kuala Nerus
      Terengganu Darul Iman
 
📞 09-668 8888
  
✉️ pendaftar@unisza.edu.my

logo left

FB@Pendaftar

Waktu Operasi

Ahad hingga Rabu
8.00 am - 01.00 pm
2.00 pm - 4.45 pm

Khamis
8.00 am - 01.00 pm
2.00 pm - 4.30 pm

Jumaat, Sabtu & Cuti Umum
Tutup