Selamat datang ke laman web rasmi Pejabat Pendaftar , Universiti Sultan Zainal Abidin

Pertanyaan?

09-668 8888

Alamat

UniSZA, Kampus Gong Badak, 21300 Kuala Nerus, Terengganu

Bahagian Sumber Manusia

Seksyen Pelantikan
  • Menguruskan permohonan perjawatan tahunan melalui ABM dan Luar ABM.
  • Menguruskan waran perjawatan.
  • Menguruskan permohonan emolumen tahunan staf.
  • Menguruskan penyaluran maklumat kepada KPT/JPA.
  • Mengurus Audit Perjawatan.
  •  
Seksyen Kenaikan Pangkat dan Prestasi
  • Menguruskan kenaikan pangkat staf akademik dan bukan akademik.
  • Menguruskan penilaian prestasi staf akademik dan bukan akademik.
  • Menguruskan pencalonan pingat kebesaran.
  • Menguruskan pemangkuan.
  • Urus setia Panel Pembangunan Sumber Manusia.
  • Urus setia Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC).
  • Urus setia JK Kesepakaran Universiti Kenaikan Pangkat Staf Akademik.
  • Urus setia JK Pemilih Kenaikan Pangkat Staf Akademik dan Bukan Akademik
  • Urus setia Dasar Pemisah (Exit Policy).
Seksyen Data, HRMIS & Rekod
  • Menguruskan fail peribadi staf.
  • Menguruskan Buku Rekod Perkhidmatan (BRP).
  • Menguruskan data HRMIS.
  • Mengurus dan menyelenggara sistem maklumat dan pangkalan data.
  • Menyediakan data dan statistik sumber manusia.
  • Menguruskan data MyMohes, SETARA, MyRA dan data KPI Pejabat Pendaftar.
Seksyen Saraan, Kemudahan & Kebajikan
  • Menguruskan tuntutan elaun serta kemudahan staf.
  • Menguruskan perbekalan pakaian seragam.
  • Menguruskan pengisytiharan harta dan pinjaman kerajaan.
  • Menguruskan subsidi yuran Taska.
  • Menguruskan pemprosesan kenaikan gaji tahunan serta pengeluaran penyata perubahan gaji.
  • Menguruskan perubahan emolumen staf bulanan.
  • Menguruskan pembayaran bonus/ Bantuan Khas Kewangan/ Bantuan Khas Aidilfitri.
  • Menguruskan permohonan tambang mengunjungi wilayah asal.
  • Menguruskan hal ehwal perubatan staf berdasarkan keperluan perubatan (Bab F), tuntutan perubatan dan  perakuan rawatan.
  • Menguruskan surat jaminan hospital (e-GL).
  • Menguruskan klinik panel UniSZA dan mesyuarat Jawatankuasa Klinik Panel.
  • Menguruskan Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) UniSZA.
  • Mengurus Insurans/ Takaful Staf (Takaful Keluarga Berkelompok Staf UniSZA/ Insurans Salahlaku Perubatan (Pusat Kesihatan Pelajar & Fakulti Perubatan)/ Insurans Kesihatan Keluar Negara Atas Urusan Persendirian dan Rasmi.
  • Menguruskan khairat kematian staf UniSZA.
  • Menguruskan tuntutan kepada PERKESO (Tuntutan Hilang Upaya Sementara/Kekal).
  • Menguruskan Borang Permohonan Rawatan Di Luar Stesen.
  • Menguruskan Pendaftaran Kelayakan Rawatan Perubatan Di Klinik Panel dan Hospital Kerajaan Bagi Anak Masih Belajar / Hilang Upaya (e-Kebajikan).
  • Menguruskan Tabung Khairat Staf UniSZA
Seksyen Persaraan & Khidmat Sokongan
  • Menguruskan cuti staf/ cuti dalam perkhidmatan.
  • Menguruskan pengesahan dalam perkhidmatan.
  • Menguruskan pemberian taraf berpencen dan percantuman perkhidmatan.
  • Menguruskan pendaftaran KWAP/ PERKESO.
  • Menguruskan perakuan caruman KWSP.
  • Menguruskan persaraan staf.
  • Menguruskan permohonan kebenaran pekerjaan luar.
  • Menguruskan pinjaman perumahan serta elaun bertukar dan berpindah rumah.
  • Urus setia modul kehadiran staf.
  • Menguruskan pendaftaran kelab dan persatuan pegawai.
  • Urus setia Lembaga Perubatan.
  • Urus setia Ex-Gratia Bencana Kerja.
  • Menguruskan perakuan pekerja
Seksyen Bimbingan Staf
  • Mengurus, melaksana dan menilai perkhidmatan kaunseling merangkumi sesi bimbingan dan kaunseling secara individu, berkelompok samaada bersemuka dan atas talian.
  • Mengurus, melaksana dan menilai kepada permatuhan pelaksanaan Dasar Psikologi Jabatan Perkhidmatan Awam peringkat UniSZA berkaitan Dasar Pemisah (Exit Policy), Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB), Program Pementoran Dalam Perkhidmatan Awam dan Gangguan Seksual Di Tempat Kerja.
  • Mengurus pelaksanaan Sistem Pengurusan Amalan Nilai peringkat UniSZA.
  • Mengurus, mentadbir, mentafsir dapatan Indeks Kesejahteraan Psikologi Staf.
  • Mengurus dan menerbitkan risalah kesedaran tentang psikologi, kaunseling dan kesihatan mental
  • Membangun, melaksana, mengendali dan melapor pelaksanaan ujian psikometrik serta intervensi.
  • Membangun, mengurus, melaksanakan dan menilai modu-modul psikologi.
  • Menghasilkan dan menghebahkan infografik berkaitan kaunseling dan kesejahteraan mental.
  • Merancang, melaksana dan menilai program pembangunan psikososial dalam kalangan staf.
Seksyen Cuti Belajar
  • Menguruskan cuti belajar staf akademik dan bukan akademik.
  • Menguruskan permohonan Program Sangkutan-Industri, Cuti Sabatikal, Sub Kepakaran dan Post Doktoral staf UniSZA ke Agensi Luar
  • Mengurus mesyuarat Jawatankuasa Cuti Belajar
  • Mengurus Sangkutan Pegawai Dalam dan Luar Negara (Staf Akademik dan bukan akademik)
  • Pengurusan pembayaran elaun dan tuntutan bayaran sepanjang pengajian.
  • Menganalisis kedudukan/pencapaian semasa staf cuti belajar di peringkat Universiti agar ia selaras dengan perkembangan universiti keseluruhannya.
  • Mengurus surat ucapan tahniah penganugerahan PhD dan Sarjana.
  • Mengurus tuntutan ganti rugi bagi pelanggaran perjanjian Cuti Belajar
  • Mengurus permohonan skim pembangunan kerjaya staf termasuk Skim Cuti Belajar.
  • Membuat penandarasan program transformasi kerjaya dengan Universiti lain di dalam dan di luar Negara.

Bahagian Governan dan Pentadbiran Am

Seksyen Governan
  • Mengurus Hal Ehwal Governan dan Dasar-Dasar Universiti.
  • Menyelaras Pekeliling-Pekeliling dan Dasar-Dasar Kerajaan, Universiti dan Pejabat Pendaftar.
  • Menyelaras Struktur dan Organisasi Universiti.
  • Urus Setia Pelan Strategik Pejabat Pendaftar.
  • Urusan Pewartaan Tanah Universiti berkaitan Pemberimilikan, Pajakan, Cukai & lain-lain.
  • Urusan Perekodan Penubuhan Pusat Tanggungjawab (PTj) Universiti.
  • Urusan Dokumen Sistem Pengurusan Kualiti dan Risiko (SPKR) Pejabat Pendaftar.
Seksyen Keurussetiaan Lembaga Pengarah Universiti
  • Keurusetiaan Mesyuarat LPU
  • Sekretariat Jawatankuasa di bawah Lembaga (portfolio Pendaftar)
  • Mengurus Kelulusan Lembaga Pengarah UniSZA secara edaran.
  • Sekretariat pelantikan Timbalan-Timbalan Naib Canselor.
  • Mengurus hal ehwal Canselor/Pro Canselor.                                     
  • Mengurus hal ehwal tadbir urus Lembaga Pengarah Universiti. 
  • Mengurus pelantikan/sambung lantik/penamatan Ahli Lembaga Pengarah Anak Syarikat, UHSB. 
  • Pengurusan Majlis Lembaga Pengarah UniSZA.
Seksyen Senat & Konvokesyen
  • Urus setia Mesyuarat Senat Universiti 
  • Urus setia Majlis Idul Ilmi Konvokesyen UniSZA 
  • Urus setia Mesyuarat Jawatankuasa Pengurniaan Kehormat
  • Urus setia Mesyuarat Jawatankuasa Saringan Pengurniaan Kehormat 
  • Mengurus pelantikan Penilai Luar/Pemeriksa Luar
  • Mengurus pelantikan Ahli Senat 
  • Mengurus pemilihan Profesor sebagai Ahli Senat 
  • Mengurus pemilihan wakil Senat ke Lembaga Pengarah Universiti 
  • Mengurus pemilihan wakil Senat ke Mesyuarat Jawatankuasa Pengurniaan Kehormat
  • Mengurus pemilihan ahli ke Mesyuarat Jawatankuasa Saringan Pengurniaan Kehormat
  • Mengurus pelantikan Ahli Jawatankuasa Induk, Ahli Jawatankuasa Kerja dan Ahli Jawatankuasa Kecil Majlis Idul Ilmi Konvokesyen.
Seksyen Pentadbiran Am
  • Menguruskan Hal Ehwal Pentadbiran Am dan Kewangan Pejabat Pendaftar.
  • Mengurus Tempahan Tiket Penerbangan.
  • Mengurus Tempahan Makan dan Minum.
  • Mengurus Mel Universiti.
  • Mengurus Perkhidmatan Telefonis.
  • Menyelaras Pengurusan Aset Pejabat Pendaftar.
  • Menyelaras Dokumen Kualiti Pejabat Pendaftar.
  • Mengurus Sistem Fail dan Rekod Universiti dan Pejabat Pendaftar
  • Mengurus Laman Sesawang Pejabat Pendaftar.
  • Mengurus Permohonan Staf UniSZA untuk ke Luar Negara.
Seksyen Kenderaan
  • Menguruskan perolehan, pengagihan, penjadualan, penyenggaraan, pemeriksaan keselamatan dan pelupusan Kenderaan Jabatan selaras dengan peraturan semasa.
  • Memastikan pusat tanggungjawab yang mempunyai kenderaan jabatan merekod dengan teratur penggunaan buku log yang telah disediakan.
  • Menyemak kos penyenggaraan dan pembaikan kenderaan. Sekiranya kos tersebut meragukan,laporan hendaklah dibuat kepada Ketua Jabatan untuk dirujuk kepada Workshop Kerajaan bagi mendapatkan laporan teknikal dan syor mengenai masalah tersebut.
  • Menerangkan tanggungjawab pemandu kepada semua pemandu di bawah seliaannya.
  • Memberi perhatian kepada aspek keselesaan, tatasusila dan kebajikan pemandu.
  • Menguruskan pemeriksaan kesihatan pemandu, sekiranya perlu.
  • Memantau Penggunaan Kad Sistem Bayaran Tol Tanpa Resit dan SmartTAG, Kad Inden dan merekodkan notis kesalahan lalu lintas/saman dalam Buku Log.
  • Mengesahkan kenderaan dan kelengkapan berfungsi dengan baik semasa pertukaran pemandu.
  • Memastikan bahawa semua tindakan diambil apabila berlaku kemalangan sebagaimana yang dikehendaki di dalam WP 4.2 - Kemalangan Yang Melibatkan Kenderaan Kerajaan Malaysia dan pindaannya.
  • Mengatur pemeriksaan berkala di bengkel panel untuk menilai tahap keselamatan dan prestasi kenderaan sentiasa dalam keadaan terbaik.
  • Menguruskan perolehan dan pengagihan Pakaian Akademik sebelum konvokesyen berlangsung. 
  • Menguruskan pemulangan pakaian Akademik selepas konvokesyen berlangsung.

Hubungi Kami

Pejabat Pendaftar
Aras 3, Bangunan Canselori
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Gong Badak
21300 Kuala Nerus
Terengganu Darul Iman

  09-668 8888
  09-668 xxxx
  pendaftar@unisza.edu.my

logo left

FB@Pendaftar

Waktu Operasi

Ahad hingga Rabu
8.00 am - 01.00 pm
2.00 pm - 4.45 pm

Khamis
8.00 am - 01.00 pm
2.00 pm - 4.30 pm

Jumaat, Sabtu & Cuti Umum
Tutup