PERTANDINGAN HIASAN PEJABAT SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN 2025
Assalamualaikum wrt. wbt. & Salam Sejahtera,
PERTANDINGAN HIASAN PEJABAT SEMPENA SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN 2025
Adalah dimaklumkan bahawa Pejabat Pendaftar, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) akan menganjurkan Pertandingan Hiasan Pejabat Sempena Bulan Kemerdekaan Tahun 2025. |
Pertandingan ini bertujuan:
🇲🇾 Meningkatkan semangat patriotisme warga UniSZA.
🎉 Menyemarakkan suasana sambutan Hari Kebangsaan 2025.
🤝 Memupuk nilai kerjasama dan kreativiti di kalangan staf.
📌 Maklumat Pertandingan :
- Tarikh tutup penyertaan & penilaian akhir : 10 September 2025
- Terbuka kepada : Semua Pusat Tanggungjawab (PTj) UniSZA
- Syarat, Kriteria Umum Pertandingan & Rubrik Penilaian : Sila rujuk Poster Hebahan
Penyertaan dan sokongan semua PTj adalah amat dialu-alukan bagi memeriahkan lagi sambutan bulan kemerdekaan pada tahun ini. |
Sekian, terima kasih.
Pejabat Pendaftar
Universiti Sultan Zainal Abidin