PEMENANG HIASAN PEJABAT BAGI BULAN KEMERDEKAAN TAHUN 2024
MAJLIS PELANCARAN PERTANDINGAN HIASAN PEJABAT SEMPENA SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN TAHUN 2025 & PENYERAHAN HADIAH PEMENANG HIASAN PEJABAT BAGI BULAN KEMERDEKAAN 2024
14 Ogos 2025 – Pejabat Pendaftar, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) hari ini telah mengadakan Majlis Pelancaran Pertandingan Hiasan Pejabat Sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan Tahun 2025 serta Majlis Penyerahan Hadiah Pemenang Hiasan Pejabat Bagi Bulan Kemerdekaan 2024. Majlis ini telah berlangsung di Glass Hall, Bangunan Canselori, Kampus Gong Badak, bermula jam 12.00 tengah hari.
Kehadiran Dekan-Dekan Fakulti, Pengarah dan wakil-wakil Pusat Tanggungjawab (PTj) di UniSZA menunjukkan satu semangat luar biasa serta menyemarakkan lagi semangat patriotisme di majlis ini. Malahan dizahirkan melalui kreativiti hiasan pejabat membuktikan ia satu medium semangat Kemerdekaan sentiasa membara di jiwa kakitangan UniSZA. Dalam ucapan perasmian oleh YBrs. En. Muzafar bin Mohd Din, Pendaftar UniSZA, beliau menekankan bahawa pertandingan ini merupakan platform untuk memupuk kerjasama, inovasi, dan kecintaan terhadap negara dalam kalangan kakitangan UniSZA
Seterusnya Pendaftar UniSZA menyampaikan hadiah bagi pemenang Pertandingan Hiasan Pejabat Bulan Kemerdekaan 2024 sepertimana senarai pemenang berikut, tahniah diucapkan kepada semua pemenang.
Tempat Pertama: Pusat Pengurusan Bakat & Latihan UniSZA (CENTTM)
Tempat Kedua: Pusat Pengurusan Harta Benda (PPHB)
Tempat Ketiga: Fakulti Perniagaan dan Pengurusan (FPP)
Saguhati :
Hospital Sultan Zainal Abidin (HoSZA)
Fakulti Reka Bentuk Inovatif dan Teknologi (FRIT)
Penerbit UniSZA (PU)
Fakulti Informatik dan Komputeran (FIK)
Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK)
Fakulti Farmasi (FF)
Pejabat Pendaftar (PP)
Majlis tersebut diakhiri dengan nyanyian lagu 31 Ogos (Sudirman) yang menggegarkan Glass Hall Bangunan Canselori dan sesi bergambar bersama para hadirin pada akhir majlis tersebut.
TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN SEMUA
#Togetherness #ProudlyUniSZA
#IImuDemiFaedahInsan