TAKLIMAT STAF PENTADBIRAN BAHARU BERSAMA PENGURUSAN PEJABAT PENDAFTAR UniSZA TAHUN 2020

TAKLIMAT STAF PENTADBIRAN BAHARU BERSAMA PENGURUSAN PEJABAT PENDAFTAR UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN (UniSZA)

Tarikh / Hari : 14 Julai 2020 / Selasa

Masa           : 2.30 petang

Tempat         : Dewan Senat, Bangunan Pentadbiran, UniSZA Kampus Gong Badak

Kami ucapkan tahniah dan selamat datang

Stafbaharu4

Stafbaharu3

Stafbaharu2

Stafbaharu1

KONVENSYEN MAWAR 2.0

UniSZA, 23 Jun 2020 - Konvensyen MAWAR 2.0 anjuran Pejabat Pendaftar telah berjaya dilaksanakan pada 23 dan 24 Jun 2020 secara dalam talian di unisza.webex.com.  Program ini merupakan kesinambungan daripada Program Konvensyen MAWAR 1.0 yang berjaya dilaksanakan pada tahun 2016 di UniSZA bersempena sambutan Hari Wanita Sedunia pada bulan Mac setiap tahun. Program ini juga menghimpunkan ramai tokoh-tokoh wanita dalam pelbagai bidang seperti fiqh wanita, usahawan, kesihatan, profesional dan lain lain yang membuat perkongsian pengalaman dan kepakaran kepada peserta. 

Objektif utama program ini adalah untuk memberikan inspirasi dan ilham kepada peserta supaya bersedia menghadapi cabaran dunia yang sangat pantas bergerak. Selain itu juga program ini dijangkakan dapat meningkatkan kesedaran dalam kalangan wanita untuk lebih bertanggungjawab dalam peranannya mengurus Keluarga, Kerjaya dan Kepimpinan serta meningkatkan keupayaan wanita melalui pelbagai perkongsian pendekatan Islam, Psikoterapi, pengurusan kerjaya dan keluarga.

Para panel penceramah Konvensyen MAWAR 2.0 ini terdiri daripada Prof. Madya Dr. Sharifah Hayaati Syed Ismail (Pensyarah UM/Selebriti TV), Heliza Helmi (Selebriti/Aktivis Kesukarelawan), Puan Mary (Pakar/Guru Imej Malaysia), Dr Imelda Balchin (Konsultan Obstetrics & Gynaecology)), Dila Mubarak (Usahawan/Pengasas Produk MAMADIL) dan Dr Wan Wardatul Amani Wan Salim (Pensyarah UIAM/Rakyat Malaysia Pertama Lancar Satelit NASA).

Diharapkan Konvensyen MAWAR 2.0 ini dapat menjadikan kayu ukur bagi program-program berimpak tinggi yang dijalankan oleh Pejabat Pendaftar.

MAWAR1

MAWAR2

MAWAR3

MAWAR4

MAWAR5

MAWAR6

MAWAR7

MAWAR9

MAWAR10

MAWAR11

MAWAR12

MAJLIS JASAMU DIKENANG 2019

Majlis Jasamu Dikenang 2019 dibawah Pejabat Pendaftar telah berjaya diadakan pada 11 Disember 2019 bertempat di Duyong Marina & Resort, Kuala Terengganu, Terengganu.

Majlis ini diadakan untuk meraikan 17 orang pesara yang telah menyumbang bakti di UniSZA seawal tahun 80-an lagi. Majlis ini merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Pejabat Pendaftar bagi meraikan pesara-pesara yang telah berkhidmat di UniSZA.

Berikut adalah bilangan pesara bagi tahun 2019 :

KUMPULAN JAWATAN KATEGORI PERSARAAN BILANGAN (ORANG)
AKADEMIK PAKSA 4
PILIHAN 1
MENINGGAL DUNIA 0
PELAKSANA PAKSA 5
PILIHAN 5
MENINGGAL DUNIA 2

Atucara bagi majlis ini dimulai dengan perarakan pesara diiringi bunga manggar masuk ke dewan dan bacaan doa telah dibacakan oleh  Al-fadhil Ustaz Suhaimi bin Mohamad, Ketua Pegawai Hal Ehwal Islam, Pusat Islam. Kemuncak majlis ini adalah dengan ucapan perasmian dan penghargaan dari Y. Bhg. Naib Canselor, Prof. Dato’ Dr. Hassan Basri bin Awang Mat Dahan terhadap staf-staf yang telah banyak menabur bakti dari zaman KUSZA, UDM sehinggalah UniSZA sekarang.

Selain itu, majlis juga menjemput wakil dari Kumpulan Akademik, Y.Bhg. Prof. Mohd Afandi bin Muhamad, Profesor dan wakil dari kumpulan pelaksana, Puan Zarifah binti Mohamad, Ketua Pembantu Tadbir (P/O) untuk berkongsi pengalaman dari mula bekerja sehinggalah bersara.

Majlis ini diakhiri dengan pemotongan kek dan jamuan makan tengah hari sebelum bersurai.

MP12019

MP22019

MP32019

MP42019

MP52019

MP62019

PROGRAM MAHABBAH BUBUR ASYURA PEJABAT PENDAFTAR TAHUN 2019

GONG BADAK - Pejabat Pendaftar telah berjaya menganjurkan aktiviti tahunan Program Mahabbah Bubur Asyura yang diadakan pada 3 Oktober 2019 bertempat di Perkarangan Bangunan Canselori.

Program ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan ukhwah di kalangan staf Pejabat Pendftar dan juga pengagihan bubur asyura kepada seluruh warga UniSZA.

PM12019

PM22019

PM32019

PM42019

PROGRAM PEMANTAUAN CUTI BELAJAR TAHUN 2019

Program Pemantauan Cuti Belajar adalah program tahunan yang diadakan oleh Pejabat Pendaftar bagi tujuan memantau perkembangan pengajian dan mengenalpasti isu-isu Cuti Belajar staf yang sedang menjalani Cuti Belajar dalam dan luar negara.

Maka pada 11 dan 12 Disember 2019 bertempat di Dewan Senat, Bangunan Pentadbiran, Universiti Sultan Zainal Abidin, Kampus Gong Badak, Pejabat Pendaftar telah mengadakan program tersebut yang melibatkan seramai 75 orang staf yang sedang cuti belajar dalam negara.

Program tersebut dipengerusikan oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), YBhg. Prof. Dr. Kamarul Shukri bin Mat Teh dan Panel Penilai dilantik terdiri daripada 10 Dekan Fakulti yang terlibat.

Sepanjang program pemantauan tersebut, staf cuti belajar perlu membentangkan prestasi terkini pengajian mereka dan mengemukakan segala permasalahan yang timbul sepanjang pengajian.

CB12019

CB22019

CB32019

CB42019