HARI INTEGRITI UniSZA 2020

 

UniSZA - Hari Integriti UniSZA 2020 anjuran Pejabat Pendaftar telah berjaya dilaksanakan pada 29 November 2020 secara dalam talian di unisza.webex.com.  Program ini merupakan acara tahunan yang dilaksanakan oleh seksyen Integriti Pejabat Pendaftar iaitu pada bulan November setiap tahun. Program ini juga menghimpunkan ramai tokoh-tokoh berkaitan dalam bidang integriti, motivasi serta kepimpinan diri bagi melahirkan generasi yang celik integriti serta berdedikasi. 

Objektif utama program ini adalah untuk memberikan inspirasi dan ilham kepada peserta supaya bersedia menghadapi cabaran dunia yang sangat pantas bergerak. Selain itu juga program ini dijangkakan dapat meningkatkan kesedaran dalam kalangan peserta untuk lebih bertanggungjawab dalam peranannya mengurus hal berkaitan integritin serta meningkatkan keupayaan peserta melalui pelbagai perkongsian pengalaman, pendekatan Islam, Psikoterapi, motivasi dan sebagainya.

Para panel penceramahHari Integriti UniSZA 2020 ini terdiri daripada Encik Mohd Firdaus Ramlanl (Bekas Majistret), Ustaz Zul Ramli (Selebriti/Pendakwah Bebas) dan Encik Amin Idris (Selebriti/Motivator).

DiharapkanHari Integriti UniSZA 2020 ini dapat menjadikan kayu ukur bagi program-program berimpak tinggi yang dijalankan oleh Pejabat Pendaftar.

Poster Hari Integriti

HIU1

HIU2

HIU3

23 STAF UniSZA TERIMA PELANTIKAN TETAP

Kuala Nerus: Seramai 23 staf pentadbiran Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) berstatus kontrak daripada pelbagai gred telah menerima lantikan tetap di Hospital Pengajar Universiti Sultan Zainal Abidin (HPUniSZA).

Sesi penyerahan surat surat pelantikan kepada staf pentadbiran itu diadakan pada 20 Disember 2020 bertempat di Dewan Resital Seni, UniSZA.

Penyerahan surat telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Ismail bin Musa, Pendaftar UniSZA.

Tahniah diucapkan kepada semua staf yang berjaya.

 

TETAP HOSPITAL

BENGKEL MENJAWAB SOALAN PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN

Unisza - Pejabat Pendaftar telah berjaya menganjurkan Bengkel Menjawab Soalan Peperiksaan Perkhidmatan di Bilik Mesyuarat Pejabat Pendaftar, Bangunan Canselori, UniSZA Kampus Gong Badak.
 
Para peserta yang terdiri daripada Penolong Pegawai Veterinar dan Penolong Pegawai Pertanian didedahkan kepada kaedah menjawab dan memahami soalan tahun-tahun sebelumnya bagi mempersiapkan diri untuk menduduki peperiksaan perkhidmatan bagi gred 29 pertengahan Ogos nanti.
 
Bengkel ini diadakan pada 5 Ogos 2020 dari jam 8.00 pagi dan dijangka berakhir pada jam 4.45 petang. Semoga para peserta dapat menjawab soalan peperiksaan nanti dengan jayanya. Amin.
 
Exam2020

KURSUS PEMANDUAN BERHEMAH PEMANDU UniSZA 2020

Kursus Pemanduan Berhemah Pemandu UniSZA 2020 dirasmikan oleh Encik Ismail bin Musa, Pendaftar UniSZA.
 
Seksyen Kenderaan, Bahagian Governan, Integriti dan Pentadbiran Am, Pejabat Pendaftar UniSZA dengan kerjasama Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan, UniSZA telah menjemput khas Encik Mohd Redza bin Zakaria, mantan Pengerusi Pentadbir Kenderaan Universiti Awam Malaysia bagi memantapkan lagi kaedah pengendalian kenderaan supaya lebih sistematik dan efisien dalam pengurusan kenderaan jabatan.
 
Kursus ini diadakan pada 16 - 17 Ogos 2020 bertempat di Dewan Pusat Latihan CenTTM dengan mensasarkan skim pemandu UniSZA.
 
Kami berharap dengan kursus ini para 'pilot' kami akan lebih memahami konsep pengurusan kenderaan jabatan.
 
Pemanduan2
 
Pemanduan3
 
Pemanduan4

MAJLIS PERJUMPAAN PENDAFTAR BERSAMA PEGAWAI TADBIR GRED N41-52 KALI PERTAMA BAGI TAHUN 2020

MAJLIS PERJUMPAAN PENDAFTAR BERSAMA PEGAWAI TADBIR GRED N41-52 KALI PERTAMA BAGI TAHUN 2020

Tarikh/Masa : 27 Julai 2020

Masa: 8.30 pagi - 10.30 pagi

Tempat: Bangunan Auditorium, Blok Akademik Baharu, Universiti Sultan Zainal Abidin

Terima Kasih kepada semua yang hadir

Taklimatpendaftar4

Taklimatpendaftar1

Taklimatpendaftar2

Taklimatpendaftar3