KURSUS MEMBINA KESERONOKAN BEKERJA DAN PENINGKATAN PRODUKTIVITI

hpi edit

BUKIT KELUANG – Kursus Membina Keseronokan Bekerja dan Peningkatan Produktiviti Kepada Staf Kumpulan Sokongan III telah diadakan pada 19 – 21 April 2012.

Kursus ini telah dikendalikan oleh HPI Consultants bertempat di Bukit Keluang Beach Resort, Besut Terengganu. kursus ini telah dirasmikan oleh Puan Zaleha Mat Ya'akob, Penolong Pendaftar di Jabatan Pendaftar yang mewakili Pendaftar.  Ucapan perasmian tersebut menekankan perlunya menjalankan tugas seharian sebagai "kerja satu ibadah" supaya sesuatu kerja yang dilakukan dapat dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh. Kursus ini dilaksanakan bagi meningkat motivasi dalam melaksanakan tugas seharian. Kerjaya sering dikaitkan dengan kebosanan, bebanan dan kesulitan sekiranya tidak mampu disalurkan kepada nilai positif. Fakta berkaitan kajian kesihatan di tempat kerja menunjukkan tekanan di tempat kerja merupakan antara penyebab beberapa jenis penyakit.

Semoga kursus yang akan dianjurkan ini mampu memberikan kesan yang mendalam kepada para peserta seterusnya  memotivasikan diri secara berterusan dengan melihat kerja sebagai sesuatu yang menyeronokkan serta ibadah . Diharapkan peserta mampu melaksanakan tugas diamanahkan dengan penuh komited dan dedikasi.