Kenaikan Pangkat Staf Pentadbiran S52 (Pengurusan dan Profesional)

Satu sesi penyerahan surat kenaikan pangkat telah diadakan di Pejabat Pendaftar pada pagi ini yang disampaikan oleh Pendaftar UniSZA iaitu Encik Muzafar bin Mohd Din. Pengurusan UniSZA mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Puan Rosnorzaini binti Rusli di atas kenaikan pangkat sebagai Pustakawan Gred S52 secara fleksi berkuat kuasa 8 Ogos 2023.