Selamat datang ke laman web rasmi Pejabat Pendaftar , Universiti Sultan Zainal Abidin

Pertanyaan?

09-668 8888

Alamat

UniSZA, Kampus Gong Badak, 21300 Kuala Nerus, Terengganu

Kenaikan Pangkat Staf Pentadbiran (Nov 2022)

Kenaikan Pangkat Secara Fleksi Staf Pentadbiran Kumpulan Pengurusan dan Profesional

Kuala Nerus, 6 November 2022: Satu sesi penyerahan surat kenaikan pangkat kepada Staf Pentadbiran Kumpulan Pengurusan dan Profesional telah diadakan pada petang ini bertempat di Pejabat Pendaftar, Bangunan Canselori, UniSZA. Penyerahan surat ini telah disampaikan oleh Encik Ismail bin Musa, Pendaftar UniSZA. Pengurusan UniSZA mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada sebelas (11) orang staf iaitu Puan Nurhidayah binti Ahmad (Pejabat Pendaftar), Puan Wan Mazrina binti Wan Mansor (Pejabat Pendaftar), Puan Nurul Syazwani binti Ab Rani (Pusat Pengurusan Kecemerlangan & Inkubator Penyelidikan), Puan Rosliza binti Arifin (Pusat Asasi Sains & Perubatan UniSZA) di atas kenaikan pangkat sebagai Pegawai Tadbir Gred N44, Puan Nurul Azurin binti Abdul Wahab (Pusat Pengurusan Infostruktur & Rangkaian), Puan Noraida binti Yaacob (Pusat Pengurusan Infostruktur & Rangkaian) di atas kenaikan pangkat sebagai Pegawai Teknologi Maklumat Gred F44, Puan Rodziah binti Kari (Pusat Pengurusan Makmal Berpusat), Encik Ahmad Faizzul bin Md. Hasan (Pusat Pengurusan Makmal Berpusat) di atas kenaikan pangkat sebagai Pegawai Sains Gred C44, Puan Salmah binti Tajuddin (Pejabat Pengarah Kampus Besut) di atas kenaikan pangkat sebagai Pegawai Pertanian Gred G44, YM Tengku Nur Azila binti Tengku Aziz (Perpustakaan Al-Wathiqu Billah) di atas kenaikan pangkat sebagai Pustakawan Gred S44 dan YM Tuan Nur Izzat Syazwan bin Tuan Ab Rashid (Pejabat Pengarah Kampus Besut) di atas kenaikan pangkat sebagai Pegawai Keselamatan Gred KP44. Kenaikan Pangkat ini berkuat kuasa pada 18 Oktober 2022.

Hubungi Kami

Pejabat Pendaftar
Aras 3, Bangunan Canselori
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Gong Badak
21300 Kuala Nerus
Terengganu Darul Iman

  09-668 8888
  09-668 xxxx
  pendaftar@unisza.edu.my

logo left

FB@Pendaftar

Waktu Operasi

Ahad hingga Rabu
8.00 am - 01.00 pm
2.00 pm - 4.45 pm

Khamis
8.00 am - 01.00 pm
2.00 pm - 4.30 pm

Jumaat, Sabtu & Cuti Umum
Tutup