PROGRAM PEMANTAUAN CUTI BELAJAR TAHUN 2019

Program Pemantauan Cuti Belajar adalah program tahunan yang diadakan oleh Pejabat Pendaftar bagi tujuan memantau perkembangan pengajian dan mengenalpasti isu-isu Cuti Belajar staf yang sedang menjalani Cuti Belajar dalam dan luar negara.

Maka pada 11 dan 12 Disember 2019 bertempat di Dewan Senat, Bangunan Pentadbiran, Universiti Sultan Zainal Abidin, Kampus Gong Badak, Pejabat Pendaftar telah mengadakan program tersebut yang melibatkan seramai 75 orang staf yang sedang cuti belajar dalam negara.

Program tersebut dipengerusikan oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), YBhg. Prof. Dr. Kamarul Shukri bin Mat Teh dan Panel Penilai dilantik terdiri daripada 10 Dekan Fakulti yang terlibat.

Sepanjang program pemantauan tersebut, staf cuti belajar perlu membentangkan prestasi terkini pengajian mereka dan mengemukakan segala permasalahan yang timbul sepanjang pengajian.

CB12019

CB22019

CB32019

CB42019

KOLOKIUM PENTADBIR UNISZA 2019

Kolukium UniSZA fill 700x451

Persatuan Pegawai Pengurusan dan Professional UniSZA (PENGEMUDI) dengan kerjasama Pejabat Pendaftar telah mengadakan Kolokium Pentadbir UniSZA 2019 "Memperkasa Profesionalisme Pentadbir Universiti" yang diadakan pada 7 - 8 Januari 2019 bertempat di Dewan Auditorium, Bangunan Akademik, UniSZA.

BENGKEL PENGEMASKINIAN LAMAN WEB PEJABAT PENDAFTAR

IMG 20181219 111524 2000 fill 700x525

Pejabat Pendaftar telah mengadakan Bengkel Pengemaskinian Laman Web Pejabat Pendaftar pada 19 dan 20 Disember 2018. Bengkel selama dua hari ini telah diadakan di Bilik Mesyuarat Pejabat Pendaftar, Bangunan Canselori, Kampus Gong Badak dan telah dihadiri oleh semua ahli jawatankuasa Laman Web Pejabat Pendaftar.

MAJLIS JASAMU DIKENANG - 2018

Jasamu dikenang 1 fill 700x451

Majlis Jasamu Dikenang 2018 yang telah diadakan pada 20 Disember 2018  bertempat di Dewan Perdana telah dihadiri oleh Naib Canselor Universiti Sultan Zainal Abidin,Prof Dato' Dr Ahmad Zubaidi A.Latif di Dewan Perdana UniSZA Kampus Gong Badak.

TAKLIMAT INTEGRITI TALK - 2017

1

Kuala Nerus – Kerjasama antara Unit Integriti & Kualiti, Unit Latihan & Kompetensi, Pejabat Pendaftar dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Terengganu telah berjaya mengadakan taklimat Integrity Talk dengan jayanya bertempat di Dewan Al-Muktafi Billah Shah pada 19 Jun 2017. Taklimat ini telah dihadiri seramai 1,190 orang staf.