Kenaikan Pangkat Staf Pentadbiran (Kumpulan Pelaksana) UniSZA

KUALA NERUS, 2 OGOS 2022 - Satu sesi penyerahan surat kenaikan pangkat kepada empat (4) orang Staf Pentadbiran (Kumpulan Pelaksana) UniSZA telah diadakan pada pagi ini bertempat di Pejabat Pendaftar, Bangunan Canselori, UniSZA. Sesi Penyerahan surat ini telah disampaikan oleh Encik Ismail bin Musa, Pendaftar UniSZA. Pengurusan UniSZA mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada empat (4) orang Staf Pentadbiran (Kumpulan Pelaksana) di atas kenaikan pangkat sebagai Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N26 iaitu Puan Junaidah binti Ibrahim di Pejabat Wakaf & Endowmen, Puan Julia binti Awang di Pusat Asasi Sains dan Perubatan UniSZA, Puan Noor Armany Shibrah binti Alias@ Abdullah dan Puan Nor Aziah binti Yusof di Pejabat Pendaftar. 

 Kenaikan Pangkat N26 2

Kenaikan Pangkat Staf Akademik UniSZA

Kuala Nerus, satu sesi penyerahan surat kenaikan pangkat kepada Staf Akademik UniSZA telah diadakan pada 1 Jun 2022 bertempat di Pejabat Naib Canselor, Bangunan Canselori, UniSZA. Sesi Penyerahan surat ini telah disempurnakan oleh YBhg. Prof. Naib Canselor UniSZA. Pengurusan UniSZA mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada empat (4) orang Staf Akademik UniSZA iaitu Prof. Madya Dr. Mohd Sadad bin Mahmud di Fakulti Perniagaan dan Pengurusan, Prof. Madya Dr. Razali bin Musa di Fakulti Pengajian Kontemporari Islam dan Prof. Madya Dr. Siti Maryam binti Sharun di Fakulti Reka Bentuk Inovatif dan Teknologi di atas kenaikan pangkat sebagai Pensyarah Universiti Gred DS54 (Profesor Madya) berkuat kuasa pada         24 Mei 2022 dan Dr. Vivekananda A/L Gunasekaran di Fakulti Perubatan atas kenaikan pangkat sebagai Pensyarah Perubatan DU54 (Tanpa Gelaran).

Kenaikan PAngkat Staf Akademik Jun

Akademik 1

Akademik 2

Akademik 3

KENAIKAN PANGKAT STAF PENTADBIRAN (PENGURUSAN & PROFESIONAL) UniSZA

Kuala Nerus, satu sesi penyerahan surat kenaikan pangkat kepada Staf Pentadbiran Kumpulan Pengurusan dan Profesional UniSZA telah diadakan pada 8 Mei 2022 bertempat di Pejabat Pendaftar, Bangunan Canselori, UniSZA. Sesi Penyerahan surat ini telah disampaikan oleh Encik Ismail bin Musa, Pendaftar UniSZA. Pengurusan UniSZA mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Encik Rusdi bin Muda di Kolej Kediaman dan Kesihatan Pelajar di atas kenaikan pangkat sebagai Pegawai Tadbir Gred N52 daripada Khas Untuk Penyandang Dalaman (KUPD) kepada secara hakiki  dan Encik Syahril Hirman bin Azmee di Institut Penyelidikan Alam Sekitar Pantai Timur di atas kenaikan pangkat sebagai Pegawai Sains Gred C48. Tarikh Kenaikan Pangkat ini berkuat kuasa mulai 12 April 2022.

Kenaikan Pangkat 1

Kenaikan Pangkat 3

Kenaikan Pangkat 2

Kenaikan Pangkat Staf Pentadbiran (Kumpulan Pelaksana) UniSZA

KUALA NERUS, 16 MEI 2022 - Satu sesi penyerahan surat kenaikan pangkat kepada seorang Staf Pentadbiran (Kumpulan Pelaksana) UniSZA telah diadakan pada petang ini bertempat di Pejabat Pendaftar, Bangunan Canselori, UniSZA. Sesi Penyerahan surat ini telah disampaikan oleh Encik Ismail bin Musa, Pendaftar UniSZA. Pengurusan UniSZA mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Puan Ramani binti Ibrahim di Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) di atas kenaikan pangkat sebagai Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N26. Tarikh Kenaikan Pangkat ini berkuat kuasa mulai 12 Mei 2022. Beliau juga akan bersara wajib pada 17 Mei 2022.

Pic Puan Ramani

Kenaikan Pangkat Staf Akademik UniSZA

Kuala Nerus, satu sesi penyerahan surat kenaikan pangkat kepada Staf Akademik UniSZA telah diadakan pada 23 Mac 2022 bertempat di Pejabat Naib Canselor, Bangunan Canselori, UniSZA. Sesi Penyerahan surat ini telah disempurnakan oleh YBhg. Prof. Naib Canselor UniSZA. Pengurusan UniSZA mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada empat (4) orang Staf Akademik UniSZA di atas kenaikan pangkat sebagai Pensyarah Universiti Gred DS54 (Profesor Madya) iaitu Prof. Madya Dr. Ong Swee Leong di Fakulti Perubatan, Prof. Madya Dr. Nik Mohd Norfadzilah bin Nik Mohd Rashid di Fakulti Perniagaan dan Pengurusan, Prof. Madya Dr. Suhailan bin Safei di Fakulti Informatik dan Komputeran dan Prof. Madya Engku Suhaimi bin Engku Atek di Fakulti Bahasa dan Komunikasi. Pelantikan ini berkuat kuasa mulai 16 Mac 2022.

Kenaikan Pangkat DS54 4

Kenaikan Pangkat DS54 1

Kenaikan Pangkat DS54 2

Kenaikan Pangkat DS54 3