KURSUS BUDAYA KERJA CEMERLANG STAF KUMPULAN PELAKSANA UniSZA

budaya cemerlang fill 738x460

SETIU - Pejabat pendaftar dengan jayanya telah menganjurkan Kursus Budaya Kerja Cemerlang Staf Kumpulan Pelaksana UniSZA pada 16 hingga 18 Oktober 2014 bertempat di Peladang Setiu Agrotourism & Resort, Setiu.

Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk mewujudkan individu yang bersemangat tinggi, daya tahan yang kuat, pemikiran yang kreatif serta berkeyakinan diri, mewujudkan sikap setiakawan dan daya saing yang tinggi, memupuk semangat berpasukan dan kerjasama dalam organisasi dan kenal mengenali nilai-nilai positif dan ahli kumpulan yang secara tidak langsungnya akan menaikkan imej UniSZA di mata orang ramai.

Pada kursus kali ini, seramai 41 orang peserta dan 4 orang urusetia telah terlibat. Kursus pada kali ini telah diserikan dengan perasmian oleh Encik Mahamed bin Ismail iaitu Timbalan Pendaftar mewakili Pejabat Pendaftar UniSZA. Kelancaran kursus telah diteruskan dengan penglibatan penceramah yang berpengalaman iaitu Encik Ahmad Termizi bin Ab. Aziz dari UniSZA dan Encik Ahmad bin Mamat dari Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Kampus Wilayah Timur.