KURSUS PENGURUSAN MAJLIS DAN PROTOKOL

kursus pengurusan majlis protokol 2013 fill 888x646

Kursus Pengurusan Majlis dan Protokol telah diadakan pada 12 hingga 14 November 2013 bertempat di TH Hotel & Convention Centre, Kuala Terengganu.

Antara objektif penganjuran kursus ini ialah memberikan pengetahuan dan kemahiran asas, mempelajari teori dan praktikal pengajuran majlis rasmi dan tidak rasmi, mengenalpasti perkara-perkara utama serta mengenalpasti kesilapan-kesilapan sering berlaku dalam menguruskan majlis yang diberikan taklimat oleh Pegawai INTAN Bukit Kiara. Kursus ini turut menjemput penceramah dari Bahagian Pengurusan Majlis dan Protokol dari Pejabat Setiausaha kerajaan Negeri Terengganu untuk menerangkan dengan terperinci berkaitan protokol istana. Peserta kursus Pengurusan Majlis dan Protokol kali ini merupakan ahli jawatankuasa protokol dan pengiring sempena majlis Istiadat Konvokesyen UniSZA kali ke-5.