KURSUS KECEMERLANGAN PEMBANTU TADBIR UniSZA

dsc 8869 fill 905x616

BESUT – Kursus Kecemerlangan Pembantu Tadbir Unisza telah diadakan pada 3 -5 September 2013 di Bukit Keluang Beach Resort, Besut, Terengganu.

Pembantu Tadbir merupakan perlaksana operasi serta kumpulan penting dalam membantu universiti dalam mencapai misi, visi dan objektif yang ditetapkan. Memandangkan dunia pekerjaan yang lebih kompleks dan mencabar, seharusnya Pembantu Tadbir dimantap dan diperlengkapkan dengan kompetensi terkini sebagai pelengkap kerjaya.

Kursus ini telah dikendalikan oleh penceramah INTIM yang berpengalaman luas dalam pentadbiran kerajaan telah memberikan pelbagai input penting dalam mencapai kecemerlangan sebagai Pembantu Tadbir. Selain itu, kursus ini telah melatih peserta untuk menjadi staf yang lebih berdedikasi dan beretika seterusnya mampu menyumbang kepada produktiviti dan imej universiti di samping membantu perserta menambah kemahiran dan kecekapan bagi menjamin kecemerlangan diri dan organisasi.