PROGRAM TRANSFORMASI MINDA SIRI 1/2013

dsc 8492 fill 901x522

CHERATING – Program Transformasi Minda (PTM) siri 1/2013 telah diadakan pada 2-7 Julai 2013 bertempat di Suria Beach Resort Cherating, Kuantan.

Program ini diperkenalkan sebagai satu pendekatan untuk memberi pendedahan dan penyesuaian minda pegawai di peringkat awal lantikan dalam perkhidmatan awam bagi menggantikan Kursus Induksi Umum. Program ini dibentuk bagi membolehkan pegawai memahami prinsip dan falsafah pembentukan negara, jentera pentadbiran dan peraturan-peraturan asas perkhidmatan awam serta jati diri bagi menghadapi cabaran dan ekspektasi pelanggan sebagai persediaan sebelum pengesahan jawatan dilakukan.

Program PTM ini telah dirasmikan majlis penutup oleh Encik Nordin Jusoh (Pendaftar UniSZA), dalam ucapan penutup tersebut beliau memberikan penerangan berkaitan Program PTM serta memberikan penekanan kepada semua staf bagi menuntut komitmen sepenuhnya bagi menjayakan transformasi yang telah dirancang oleh pihak pengurusan universiti. Program PTM tersebut berjaya dilaksanakan dengan penglibatan agensi kerajaan seperti Intan Wilayah Timur, Biro Tatanegara serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.