KURSUS KEWANGAN UMUM

kewangan

KUALA TERENGGANU – Kursus Kewangan Umum bagi kakitangan bukan akademik telah diadakan pada 9 – 10 April 2013 bertempat di Dewan Auditorium Perpustakaan, Kampus Gong Badak.  Kursus ini merupakan anjuran bersama Jabatan Bendahari dengan Jabatan Pendaftar.

Pemangku Bendahari, Puan Hajjah Shakimah Endut telah sudi merasmikan kursus tersebut.  Antara objektif kursus ini adalah untuk memberikan kefahaman berkaitan prosedur-prosedur kewangan yang digunapakai di UniSZA. Selain itu, staf berpeluang mendapat pendedahan awal berkaitan pengurusan kewangan sekaligus melancarkan tugas pentadbiran serta mengurangkan berlakunya kesilapan dalam prosedur kewangan universiti. Penceramah kursus ini merupakan pegawai di Jabatan Bendahari UniSZA sendiri.

Kursus ini disasarkan kepada staf bukan akademik gred 17- 44, pemilihan ini diutamakan kepada staf baru dilantik serta belum menghadiri kursus kewangan universiti. Adalah diharapkan staf terpilih mendapat manfaat serta pengetahuan yang sepatutnya diperolehi berkaitan prosedur kewangan universiti bagi melancarkan tugas pentadbiran di jabatan masing-masing.