Kenaikan Pangkat Staf Akademik sebagai Pensyarah Universiti Gred DS52

Satu sesi penyerahan surat kenaikan pangkat telah diadakan di Pejabat Pendaftar yang disampaikan oleh Pendaftar UniSZA iaitu Encik Muzafar bin Mohd Din. Pengurusan UniSZA mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada dua (2) orang staf Akademik di atas kenaikan pangkat sebagai Pensyarah Universiti Gred DS52 iaitu Dr. Maslina binti Mansor dari FPP dan Dr. Normala binti Riza (FSSG). Untuk makluman semua, Dr Normala binti Riza tidak dapat hadir ke sesi penyerahan surat kenaikan pangkat kerana beliau sedang cuti bersalin.