BENGKEL PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL

dsc 2385 edit

GONG BADAK – Bengkel Protokol dan Etiket Sosial sempena Istiadat Pemasyhuran & Konvokesyen Kali ke-2 Universiti Sultan Zainal Abidin telah diadakan pada 11 Julai 2010 bertempat di Bilik Persidangan UniSZA, Kampus Gong Badak.

Bengkel ini telah dihadiri oleh semua AJK Protokol Konvokesyen uniSZA bagi memberikan gambaran jelas terhadap perkara-perkara tertentu yang perlu diberikan perhatian dalam majlis tersebut. Encik Zulkifli bin Ali, pegawai Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu (SUKT), Bahagian Pengurusan Majlis dan Protokol telah sudi memberikan taklimat serta berkongsi pengalaman berkaitan penganjuran majlis rasmi kerajaan bagi melancarkan majlis tersebut.

Beliau mengingatkan supaya persediaan bagi penganjuran majlis tersebut dibuat dengan teliti bagi mengelakkan masalah timbul semasa perjalanan majlis tersebut. Semua ilmu dan pengalaman tersebut perlu dimanfaatkan oleh peserta bengkel sepagai panduan dalam pengajuran majlis tertentu yang melibatkan aspek protokol.

Pihak penganjur mengucapkan ribuan terima kasih kepada SUK Terengganu atas kesudian menerima undangan jemputan serta  peserta bengkel yang telah memberikan komitmen terhadap persiapan Istiadat Pemasyhuran & Konvokesyen kali ini.