BENGKEL DOKUMEN KUALITI

law book fill 204x264

KUALA TERENGGANU – Jabatan Pendaftar telah mengadakan Bengkel Dokumen Kualiti pada 18 April 2010 bertempat di Batu Buruk Beach Resort. Bengkel yang bertujuan untuk

menyemak dan mengemaskini dalam menyiapkan proses akhir penyiapan dokumen tersebut. Bengkel ini telah dihadiri oleh Pemangku Timbalan Pendaftar, Penolong Pendaftar, Penolong Pegawai Tadbir serta kakitangan mereka yang terlibat dalam penyedian dokumen tersebut.

Bengkel Dokumen Kualiti tersebut telah diserikan lagi dengan kehadiran Pendaftar baru iaitu Y.Bhg. Prof. Madya Dr. Nik Wan bin Omar. Kehadiran beliau telah membantu melancarkan bengkel tersebut dengan input-input penting berdasarkan pengalaman beliau dahulu di Unit Kualiti UDM.

Diharapkan dengan adanya bengkel ini, Dokumen Kualiti tersebut dapat disiapkan dengan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Unit Jaminan Kualiti (UJK). Kerjasama semua yang terlibat diucapkan ribuan terima kasih dalam menyediakan dokumen kualiti yang berkualiti.