Program Tautan Silaturrahim Hari Keluarga Pejabat Pendaftar 2023

Ahad, 5 Mac 2023 - Pejabat Pendaftar telah menganjurkan Program Tautan Silaturrahim Hari Keluarga 2023 di Pantai Kekabu Marang, Terengganu. Program ini telah diadakan mulai jam 8.30 pagi dan tamat pada jam 1.00 petang. Seramai 49 keluarga daripada semua warga Pejabat Pendaftar telah menyertai program ini dan ia adalah merupakan salah satu aktiviti bagi mengeratkan silaturrahim dan hubungan kekeluargaan semua staf dan keluarga masing-masing.

Dengan bertemakan ‘Santai Sama-Sama’, program ini bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan sesama staf dan ahli keluarga dengan aktiviti-aktiviti berbentuk santai. Objektif utama program ini adalah untuk memberikan ruang kepada staf sesama ahli keluarga untuk melakukan aktiviti bersama dan saling kenal-mengenali serta mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan staf dan ahli keluarga. Selain itu, ia juga menyemarakkan semangat kerjasama, hormat-menghormati dan menanam nilai-nilai murni melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan sejajar dengan pelan induk strategik universiti.

Program ini telah diadakan dengan jayanya dan semua staf serta ahli keluarga yang hadir telah mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan seperti musang berjanggut, sukaneka untuk kanak-kanak, tarik tali, baling belon berair dan seumpamanya.

Adalah diharapkan program seumpama ini dapat menjana minda yang sihat dan berfokus dengan kehadiran ahli keluarga masing-masing yang mensasarkan strategi kebersamaan dalam pasukan (togetherness) Pejabat Pendaftar.

photo 2023 03 05 16 12 14