Taklimat Integriti Talk

1

Kuala Nerus – Kerjasama antara Unit Integriti & Kualiti, Unit Latihan & Kompetensi, Pejabat Pendaftar dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Terengganu telah berjaya mengadakan taklimat Integrity Talk dengan jayanya bertempat di Dewan Al-Muktafi Billah Shah pada 19 Jun 2017. Taklimat ini telah dihadiri seramai 1,190 orang staf.

Integrity Talk ini telah disampaikan oleh wakil daripada SPRM Cawangan Terengganu iaitu Encik Mohd Yuslin bin Yusoff dan Puan Salwani binti Mahasan wakil daripada Pejabat Penasihat Undang-Undang, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

Objektif utama taklimat ini adalah untuk memberikan pendedahan dan penerangan berkaitan integriti dikalangan staf di samping menerapkan nilai-nilai murni dalam diri setiap staf agar melaksanakan tugasan kerja dengan lebih bertanggungjawab dan amanah. Dalam masa yang sama juga, taklimat ini bertujuan meningkatkan nilai-nilai integriti dalam diri staf agar dapat diaplikasikan dalam tugasan harian.

Secara keseluruhannya, taklimat Integrity Talk ini sangat berguna disamping memberi pendedahan dan kesedaran kepada staf yang mengikutinya. Diharapkan taklimat seumpama ini dapat dianjurkan dari semasa ke semasa agar matlamat utama untuk melahirkan staf UniSZA yang lebih berintegriti dan amanah serta bertanggungjawab dapat direalisasikan satu hari nanti.

2   3

4   5

PrintEmail