• Berita
  • Program Transformasi Negara, Kakitangan UniSZA 2017 (Siri 1)

Program Transformasi Negara, Kakitangan UniSZA 2017 (Siri 1)

pic1

MARAN, PAHANG -Unit Latihan & Kompetensi, Pejabat Pendaftar UniSZA dengan kerjasama pihak Biro Tatanegara (BTN) Terengganu telah berjaya menganjurkan Program Tranformasi Negara kakitangan UniSZA Siri 1 pada 04-06 April 2017. Program yang berjalan selama 3 hari 2 malam berkenaan telah diadakan di Kem Bina Negara, Maran, Pahang.

 

Program ini telah dihadiri oleh seramai 47 orang kakitangan UniSZA daripada pelbagai jawatan di bidang akademik dan bukan akademik. Objektif program ini diadakan adalah untuk memupuk kesedaran dan pemahaman kenegaraan dan semangat patriotisme bagi membentuk kecermerlangan disiplin, jati diri, nilai-nilai murni dan menerapkan etika cermerlang staf supaya lebih berketerampilan dan berkemampuan dalam mewujudkan nilai budaya kerja cemerlang. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk memberikan kesedaran tentang peranan serta tanggungjawab penjawat awam disamping meningkatkan pengetahuan dan pemahaman terhadap dasar-dasar kerajaan dan isu-isu semasa.

Pelbagai aktiviti telah diadakan di sepanjang program ini berlangsung seperti Latihan Dalam Kumpulan dan aktiviti luar dewan yang dikendalikan oleh pihak Jurulatih Biro Tatanegara, Jabatan Perdana Menteri.

Majlis penutup telah dirasmikan oleh Encik M. Nor Aishamuddin bin Sazali, Penolong Pendaftar Kanan yang mewakili Pendaftar UniSZA. Kata-kata semangat yang disampaikan oleh beliau diharapkan dapat merangsang prestasi kerja cemerlang di kalangan peserta.

pic2

PrintEmail