• Berita
  • Kursus Jati Diri Pembantu Operasi UniSZA 2017

Kursus Jati Diri Pembantu Operasi UniSZA 2017

pic002

TASIK KENYIR, HULU TERENGGANU -Unit Latihan & Kompetensi, Pejabat Pendaftar UniSZA telah berjaya menganjurkan Kursus Jati Diri kumpulan sokongan Pembantu Operasi UniSZA 2017 pada 29-31 Mac 2017. Program yang berjalan selama 3 hari 2 malam berkenaan telah diadakan di Kem Survival Tasik Kenyir, Pusat Pembangunan Holistik Pelajar UniSZA Hulu Terengganu, Terengganu.

 

Program ini telah dihadiri oleh 65 orang kakitangan UniSZA dari jawatan Pembantu Operasi. Objektif program ini diadakan adalah untuk memupuk kesedaran dan pemahaman dalam akan tanggungjawab sebagai penjawat awam serta bekerja dalam satu pasukan. Selain itu juga, kursus ini adalah untuk mempertingkatkan keyakinan diri dan membina kepercayaan diantara rakan sekerja bagi memperolehi kemahiran kepimpinan serta kemahiran bekerja secara berpasukan dan membolehkan mereka berdikari dalam melaksanakan tanggungjawab yang diterima.

Pelbagai aktiviti dalam kumpulan telah diadakan di sepanjang program ini berlangsung yang mana dikendalikan oleh pihak fasilitator yang telah dilantik oleh pihak Pejabat Pendaftar iaitu terdiri daripada Encik Salman bin Lambak, Pemangku Pengarah Pusat Pembangunan Holistik Pelajar dan Encik Mohd Rahim bin Arifin, Pensyarah Fakulti Kontemporari Islam, UniSZA.

Majlis penutup telah dirasmikan oleh Prof. Madya Nordin bin Jusoh, Pendaftar UniSZA. Amanat yang disampaikan oleh beliau diharapkan dapat merangsang prestasi kerja cemerlang di kalangan peserta untuk dirialisasikan di UniSZA amnya.

pic003

PrintEmail