• Berita
  • BENGKEL MICROSOFT OFFICE STAF UniSZA 2017

BENGKEL MICROSOFT OFFICE STAF UniSZA 2017

 

DSC 3346-1000

KUALA NERUS – Unit Latihan & Kompetensi, Pejabat Pendaftar telah berjaya menganjurkan Bengkel Microsoft Office Staf UniSZA pada 25 hingga 26 Januari 2017. Kursus ini telah diadakan di Makmal Komputer, Aras 2 PerpustakaanUniSZA Kampus Gong Badak. Untuk makluman, bengkel terakhir seumpama ini telah dianjurkan oleh Pejabat Pendaftar pada tahun 2010. Justeru itu, Unit Latihan & Kompetensi terpanggil untuk menganjurkan kembali bengkel ini setelah mendapat permintaan yang tinggi daripada staf UniSZA.

Pada bengkel kali ini, seramai 47 orang peserta telah terpilih yang melibatkan kakitangan UniSZA daripada pelbagai jawatan dan Pusat Tanggungjawab (PTj). Objektif kursus ini diadakan adalah kerana kemahiran dan pengetahuan terutamanya mengenai Microsoft Office amatlah penting dalam menyediakan mutu kerja yang berkualiti. Penggunaan Microsoft Office seperti Microsoft Word, Microsoft Excel dan Microsoft Powerpoint adalah satu kewajipan di dalam tugasan hakiki dimana ianya akan memudahkan dan melancarkan proses penyediaan dokumen-dokumen yang diinginkan. Sehubungan dengan itu, bengkel ini amatlah penting di kalangan staf UniSZA bagi meningkatkan kemahiran mereka sejajar dengan kewujudan teknologi dan teknik-teknik terkini dalam Microsoft Office.

Pada kursus kali ini, Pejabat Pendaftar telah mendapat khidmat penceramah yang berpengalaman luas yang disediakan oleh Fakulti Informatik dan Komputeran. Bagi slot Microsoft Word, ianya telah disampaikan oleh Puan Wan Suryani Binti Wan Awang manakala slot Microsoft Powerpoint disampaikan oleh Puan Rohana Binti Ismail. Kedua-dua penceramah ini merupakan seorang Pensyarah di fakulti tersebut. Bagi slot Microsoft Excel pula, ianya telah disampaikan oleh Encik Zaami Bin Mohamad yang merupakan Pen. Pegawai Latihan Vokasional. Bengkel ini amat mudah difahami oleh semua peserta kerana ianya bukan hanya teori semata-mata, malahan para penceramah telah menyediakan satu ruang bagi praktikal melalui latihan yang disediakan dan pembentangan.

PrintEmail