Kenaikan Pangkat Staf Pentadbiran (Kumpulan Pelaksana) UniSZA

KUALA NERUS, 2 OGOS 2022 - Satu sesi penyerahan surat kenaikan pangkat kepada empat (4) orang Staf Pentadbiran (Kumpulan Pelaksana) UniSZA telah diadakan pada pagi ini bertempat di Pejabat Pendaftar, Bangunan Canselori, UniSZA. Sesi Penyerahan surat ini telah disampaikan oleh Encik Ismail bin Musa, Pendaftar UniSZA. Pengurusan UniSZA mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada empat (4) orang Staf Pentadbiran (Kumpulan Pelaksana) di atas kenaikan pangkat sebagai Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N26 iaitu Puan Junaidah binti Ibrahim di Pejabat Wakaf & Endowmen, Puan Julia binti Awang di Pusat Asasi Sains dan Perubatan UniSZA, Puan Noor Armany Shibrah binti Alias@ Abdullah dan Puan Nor Aziah binti Yusof di Pejabat Pendaftar. 

 Kenaikan Pangkat N26 2