• PENGENALAN UNIVERSITI
  • Logo

Logo

logo unisza

RASIONAL WARNA
 
-HITAM-
Melambangkan keteguhan dan ketegasan
 
-PUTIH-
Melambangkan kesucian, bersih, jujur dan tulus
 
Kedua-dua warna hitam dan putih ini merupakan warna rasmi negeri Terengganu
 
-KUNING-
Melambangkan kemuliaan, kemegahan dan kebijaksanaan
 
-KELABU-
Melambangkan keseimbangan
 
 
PENGGUNAAN REKA BENTUK BUNGA PADI
 
LINGKARAN BUNGA PADI BERWARNA KUNING
Melambangkan asas budaya Melayu yang subur serta menggambarkan institusi ilmu yang bernaung di bawahRaja Berdaulat dan baginda ditaati sepanjang masa
 
IKATAN TIGA DI BAWAH BUNGA PADI
Melambangkan ikatan perpaduan antara tiga kaum yang utama di Malaysia
 
 
REKA BENTUK MUKA TAIP
 
HURUF UniSZA
Secara keseluruhannya, ia memperlihatkan kelancaran perjalanan yang boleh diintrepitasikan sebagai kelancaran dari sudut perancangan hingga kepada perlaksanaan
 
HURUF i
Membawa maksud Islam dan Satu, manakala titik pada huruf 'i' bermaksud fokus. Huruf 'i' juga merupakan garis panduan nisbah reka bentuk logo, seperti mana Islam adalah rujukan dan panduan hidup
 
HURUF S
Memberi makna rantaian dan uniti. Ini menjelaskan bahawa perlaksanaan program dan aktiviti UniSZA berlandaskan kepada hubungan dengan pelbagai pihak
 
 
PENERAPAN ELEMEN-ELEMEN  YANG BERCIRIKAN ISLAM

BULAN dan BINTANG
Melambangkan Agama Islam yang menjadi junjungan, pegangan dan cara hidup masyarakat UniSZA
 
BUKU
Membawa maksud penerokaan dan penyebaran ilmu demi kegunaan sejagat berdasarkan kepada Kalamullah yang bersifat suci, bersih, bertamadun serta kesesuaian penggunaannya di sepanjang zaman
 
PERISAI
Bermaksud pertahankan Islam dan ilmu bagi mengekalkan UniSZA menjadi khazanah gedung ilmu yang terunggul dan dirujuk
 
CORAK GEOMETRIK ISLAM (ARABESQUE)
Merupakan kesinambungan daripada logo KUSZA terdahulu yang diolah semula selari dengan peredaran zaman dan merupakan corak asas seni bina Islam. Gabungan bentuk lapan kelopak ini melambangkan teras perpaduan dan integriti masyarakat UniSZA. Lapan bucu bintang melambangkan lapan nilai murni yang diterapkan di UniSZA yang menjadi garis panduan hidup untuk berjaya di dunia dan akhirat. Nilai-nilai murni tersebut ialah Ilmu, Iman, Amal, Syaja’ah, Qana’ah, Istiqamah, Toleransi dan Muafakat.

PrintEmail