Kenaikan Pangkat Staf Akademik UniSZA

Kuala Nerus, satu sesi penyerahan surat kenaikan pangkat kepada Staf Akademik UniSZA telah diadakan pada 1 Jun 2022 bertempat di Pejabat Naib Canselor, Bangunan Canselori, UniSZA. Sesi Penyerahan surat ini telah disempurnakan oleh YBhg. Prof. Naib Canselor UniSZA. Pengurusan UniSZA mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada empat (4) orang Staf Akademik UniSZA iaitu Prof. Madya Dr. Mohd Sadad bin Mahmud di Fakulti Perniagaan dan Pengurusan, Prof. Madya Dr. Razali bin Musa di Fakulti Pengajian Kontemporari Islam dan Prof. Madya Dr. Siti Maryam binti Sharun di Fakulti Reka Bentuk Inovatif dan Teknologi di atas kenaikan pangkat sebagai Pensyarah Universiti Gred DS54 (Profesor Madya) berkuat kuasa pada         24 Mei 2022 dan Dr. Vivekananda A/L Gunasekaran di Fakulti Perubatan atas kenaikan pangkat sebagai Pensyarah Perubatan DU54 (Tanpa Gelaran).

Kenaikan PAngkat Staf Akademik Jun

Akademik 1

Akademik 2

Akademik 3