Kenaikan Pangkat Staf Pentadbiran (Kumpulan Pelaksana) UniSZA

KUALA NERUS, 16 MEI 2022 - Satu sesi penyerahan surat kenaikan pangkat kepada seorang Staf Pentadbiran (Kumpulan Pelaksana) UniSZA telah diadakan pada petang ini bertempat di Pejabat Pendaftar, Bangunan Canselori, UniSZA. Sesi Penyerahan surat ini telah disampaikan oleh Encik Ismail bin Musa, Pendaftar UniSZA. Pengurusan UniSZA mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Puan Ramani binti Ibrahim di Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) di atas kenaikan pangkat sebagai Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N26. Tarikh Kenaikan Pangkat ini berkuat kuasa mulai 12 Mei 2022. Beliau juga akan bersara wajib pada 17 Mei 2022.

Pic Puan Ramani