KENAIKAN PANGKAT STAF PENTADBIRAN (PENGURUSAN & PROFESIONAL) UniSZA

Kuala Nerus, satu sesi penyerahan surat kenaikan pangkat kepada Staf Pentadbiran Kumpulan Pengurusan dan Profesional UniSZA telah diadakan pada 8 Mei 2022 bertempat di Pejabat Pendaftar, Bangunan Canselori, UniSZA. Sesi Penyerahan surat ini telah disampaikan oleh Encik Ismail bin Musa, Pendaftar UniSZA. Pengurusan UniSZA mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Encik Rusdi bin Muda di Kolej Kediaman dan Kesihatan Pelajar di atas kenaikan pangkat sebagai Pegawai Tadbir Gred N52 daripada Khas Untuk Penyandang Dalaman (KUPD) kepada secara hakiki  dan Encik Syahril Hirman bin Azmee di Institut Penyelidikan Alam Sekitar Pantai Timur di atas kenaikan pangkat sebagai Pegawai Sains Gred C48. Tarikh Kenaikan Pangkat ini berkuat kuasa mulai 12 April 2022.

Kenaikan Pangkat 1

Kenaikan Pangkat 3

Kenaikan Pangkat 2