• PENGENALAN UNIVERSITI
  • Sejarah Universiti

Sejarah Universiti

Keputusan Kerajaan menubuhkan Universiti Sultan Zainal Abidin, dahulu dikenali Universiti Darul Iman Malaysia,  menjadi satu sejarah dalam perkembangan institusi pengajian awam negara dan menjadi kebanggaan rakyat Negeri Terengganu secara khususnya dan masyarakat Malaysia keseluruhannya.

Bermula dengan pengumuman daripada Y.A.B Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi pada 26 Mac 2005 sehingga perlantikan Dato' Profesor Dr. Alias bin Daud sebagai Naib Canselor yang pertama pada 1 Januari 2006, maka bermulalah proses operasi Universiti Sultan Zainal Abidin dengan motto "Ilmu Demi Faedah Insan".

Universiti Universiti Sultan Zainal Abidin juga berharap untuk melahir dan membentuk pemimpin yang bakat dan pemikirannya diasuh dengan ilmu, budaya tinggi, akhlak luhur serta berwajah antarabangsa.

Pegawai-pegawai pengurusan tertinggi Universiti Sultan Zainal Abidin yang turut dilantik adalah:

i.     Naib Canselor
Y.Bhg. Dato' Profesor Dr. Alias bin Daud

ii.    Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa)
Y.Bhg. Profesor Dr. Mohd Afandi bin Muhamad

iii.   Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)
Y.Bhg. Profesor Dr. Zahedi Bin Daud

iv.   Pendaftar
Tn. Haji Nurul Huda @ Ariffin Bin Muda

v.    Bendahari
Tn. Haji Baharin bin Salim @ Abdullah


Universiti Sultan Zainal Abidin setakat ini mempunyai dua kampus di Terengganu yang telah beroperasi sepenuhnya iaitu Kampus Kota dan Kampus Gong Badak. Sebuah kampus lagi, iaitu Kampus Besut dijangka beroperasi beberapa tahun lagi. Universiti Sultan Zainal Abidin Kampus Gong Badak memfokuskan kepada pengajaran dan penyelidikan ilmu-ilmu Islam yang diharmonikan dengan ilmu-ilmu konvensional. Manakala Universiti Sultan Zainal Abidin Kampus Kota menawarkan program dalam bidang Kesihatan Bersekutu dan Universiti Sultan Zainal Abidin Kampus Besut pula akan dibangunkan dengan 'niche' dalam bidang pertanian seperti bio-teknologi pertanian dan lain-lain kursus yang berkaitan. Kursus-kursus yang ditawarkan ditiga kampus berkenaan tidak akan bertindih dan mempunyai pengkhususan bidangnya tersendiri.Adalah diharapkan Universiti Sultan Zainal Abidin akan dapat melahirkan pemimpin dalam pelbagai bidang melalui merekayasa ilmu, menggalakkan keterbukaan, menanam sikap kebertanggungjawaban dan menghargai kepelbagaian demi manfaat manusiawi. Universiti Sultan Zainal Abidinjuga berharap untuk melahir dan membentuk pemimpin yang bakat dan pemikirannya diasuh dengan ilmu, budaya tinggi, akhlak luhur serta berwajah antarabangsa.

Kronologi pembangunan UNISZA:

  • 1980 -  dikenali sebagai kolej universiti sultan zainal abidin KUSZA. Ditubuhkan dan mula beroperasi di sekolah menengah agama atas sultan zainal abidin bertempat di batu buruk, kuala terengganu.
  • 1985 -  dana tetap telah diperuntukkan bagi penubuhan kampus kusza gong badak oleh almarhum sultan mahmud al-muktafi billah shah.
  • 2005 – pengumuman penubuhan universiti darul iman terengganu UDM oleh yang amat berhormat perdana menteri dato’ seri abdullah ahmad badawi pada 26 mac 2005
  • 2006 – UDM mula beroperasi pada 1 januari 2006
  • UDM telah dinamakan semula sebagai UNISZA pada mei 2010

Pembangunan kepada tahap pembelajaran serta prestasi UNISZA telah membolehkan universiti ini beroperasi dengan lebih banyak program dan kampus baru dibuka. Antara kampus unisza adalah:

  • Kampus kota : menawarkan program kesihatan bersekutu
  • Kampus gong badak : memfokuskan pengajaran dan penyelidikan pengetahuan islam yang diselaraskan dengan pengajaran konvensional lain
  • Kampus tembila : ditubuhkan dengan keselesaan serta kesesuaian tapak dalam bidang pertanian. Antaranya seperti  program pertanian bio-teknologi serta pelbagai program berkaitan.

PrintEmail