Kenaikan Pangkat Staf Pentadbiran (Kumpulan Pelaksana) Tahun 2022

Kuala Nerus, satu sesi penyerahan surat kenaikan pangkat kepada Staf Pentadbiran (Kumpulan Pelaksana) telah diadakan pada 13 Januari 2022 bertempat di Pejabat Pendaftar, Bangunan Canselori, UniSZA. Penyerahan surat ini telah disampaikan oleh Pendaftar UniSZA. Pengurusan UniSZA mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Puan Rohayu binti Ismail di Pejabat Naib Canselor atas pelantikan sebagai Setiausaha Pejabat Gred N32 berkuat kuasa mulai 1 Januari 2022, tiga (3) orang staf iaitu Puan Hasimah binti Hj Nuh di Pejabat Pendaftar atas pelantikan sebagai Pembantu Tadbir (P/O) Gred N28 berkuat kuasa 1 Januari 2022, YM Tengku Ross binti Tengku A. Aziz di Fakulti Pengajian Kontemporari Islam atas pelantikan sebagai Pembantu Tadbir (P/O) Gred N28 berkuat kuasa 1 Februari 2022 dan Puan Rozita binti Ab Rahman di Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) sebagai Pembantu Tadbir (P/O) Gred N28 berkuat kuasa mulai 1 Jun 2022. Selain itu dua (2) orang staf iaitu Encik Chendana @ Mohd bin Zakaria dan Encik Kamaruzaman bin Samsudin di Pejabat Pendaftar atas pelantikan sebagai Pemandu Kenderaan Gred H14 berkuat kuasa 1 Januari 2022.

Kenaikan Pangkat 2022