HARI INTEGRITI UniSZA 2021

Hari Intergriti Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) 2021 telah melabuhkan tirai dengan jayanya melibatkan 3 orang panelis berwibawa dan berpengalaman dalam menyampaikan ilmu bermanfaat berasaskan kefahaman intergriti buat para pendengar yang telah bersiaran secara langsung melalui platform unisza.webex.com.

Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada pasukan Pejabat Pendaftar atas penganjuran program ini dengan amalan norma baharu. Terima kasih juga diucapkan kepada kesemua peserta dari dalam mahupun luar UniSZA atas komitmen, sokongan serta komen yang diberikan.

Tidak lupa juga, tahniah diucapkan kepada semua peserta yang berjaya membawa pulang hadiah cabutan bertuah daripada pihak urus setia Hari Intergriti UniSZA 2021.

Semoga setiap perkara yang dikongsi sepanjang program pada 30 November 2021 tersebut dapat meningkatkan pengetahuan, motivasi serta kesedaran dalam menjaga intergriti, jati diri dan keperibadian masing-masing.

iNTEG21 5

iNTEG21 4

iNTEG21 2

iNTEG21 3

iNTEG21 1