KONVENSYEN MAWAR 2.0

UniSZA, 23 Jun 2020 - Konvensyen MAWAR 2.0 anjuran Pejabat Pendaftar telah berjaya dilaksanakan pada 23 dan 24 Jun 2020 secara dalam talian di unisza.webex.com.  Program ini merupakan kesinambungan daripada Program Konvensyen MAWAR 1.0 yang berjaya dilaksanakan pada tahun 2016 di UniSZA bersempena sambutan Hari Wanita Sedunia pada bulan Mac setiap tahun. Program ini juga menghimpunkan ramai tokoh-tokoh wanita dalam pelbagai bidang seperti fiqh wanita, usahawan, kesihatan, profesional dan lain lain yang membuat perkongsian pengalaman dan kepakaran kepada peserta. 

Objektif utama program ini adalah untuk memberikan inspirasi dan ilham kepada peserta supaya bersedia menghadapi cabaran dunia yang sangat pantas bergerak. Selain itu juga program ini dijangkakan dapat meningkatkan kesedaran dalam kalangan wanita untuk lebih bertanggungjawab dalam peranannya mengurus Keluarga, Kerjaya dan Kepimpinan serta meningkatkan keupayaan wanita melalui pelbagai perkongsian pendekatan Islam, Psikoterapi, pengurusan kerjaya dan keluarga.

Para panel penceramah Konvensyen MAWAR 2.0 ini terdiri daripada Prof. Madya Dr. Sharifah Hayaati Syed Ismail (Pensyarah UM/Selebriti TV), Heliza Helmi (Selebriti/Aktivis Kesukarelawan), Puan Mary (Pakar/Guru Imej Malaysia), Dr Imelda Balchin (Konsultan Obstetrics & Gynaecology)), Dila Mubarak (Usahawan/Pengasas Produk MAMADIL) dan Dr Wan Wardatul Amani Wan Salim (Pensyarah UIAM/Rakyat Malaysia Pertama Lancar Satelit NASA).

Diharapkan Konvensyen MAWAR 2.0 ini dapat menjadikan kayu ukur bagi program-program berimpak tinggi yang dijalankan oleh Pejabat Pendaftar.

MAWAR1

MAWAR2

MAWAR3

MAWAR4

MAWAR5

MAWAR6

MAWAR7

MAWAR9

MAWAR10

MAWAR11

MAWAR12