MAJLIS JASAMU DIKENANG 2019

Majlis Jasamu Dikenang 2019 dibawah Pejabat Pendaftar telah berjaya diadakan pada 11 Disember 2019 bertempat di Duyong Marina & Resort, Kuala Terengganu, Terengganu.

Majlis ini diadakan untuk meraikan 17 orang pesara yang telah menyumbang bakti di UniSZA seawal tahun 80-an lagi. Majlis ini merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Pejabat Pendaftar bagi meraikan pesara-pesara yang telah berkhidmat di UniSZA.

Berikut adalah bilangan pesara bagi tahun 2019 :

KUMPULAN JAWATAN KATEGORI PERSARAAN BILANGAN (ORANG)
AKADEMIK PAKSA 4
PILIHAN 1
MENINGGAL DUNIA 0
PELAKSANA PAKSA 5
PILIHAN 5
MENINGGAL DUNIA 2

Atucara bagi majlis ini dimulai dengan perarakan pesara diiringi bunga manggar masuk ke dewan dan bacaan doa telah dibacakan oleh  Al-fadhil Ustaz Suhaimi bin Mohamad, Ketua Pegawai Hal Ehwal Islam, Pusat Islam. Kemuncak majlis ini adalah dengan ucapan perasmian dan penghargaan dari Y. Bhg. Naib Canselor, Prof. Dato’ Dr. Hassan Basri bin Awang Mat Dahan terhadap staf-staf yang telah banyak menabur bakti dari zaman KUSZA, UDM sehinggalah UniSZA sekarang.

Selain itu, majlis juga menjemput wakil dari Kumpulan Akademik, Y.Bhg. Prof. Mohd Afandi bin Muhamad, Profesor dan wakil dari kumpulan pelaksana, Puan Zarifah binti Mohamad, Ketua Pembantu Tadbir (P/O) untuk berkongsi pengalaman dari mula bekerja sehinggalah bersara.

Majlis ini diakhiri dengan pemotongan kek dan jamuan makan tengah hari sebelum bersurai.

MP12019

MP22019

MP32019

MP42019

MP52019

MP62019