PROGRAM PEMANTAUAN CUTI BELAJAR TAHUN 2019

Program Pemantauan Cuti Belajar adalah program tahunan yang diadakan oleh Pejabat Pendaftar bagi tujuan memantau perkembangan pengajian dan mengenalpasti isu-isu Cuti Belajar staf yang sedang menjalani Cuti Belajar dalam dan luar negara.

Maka pada 11 dan 12 Disember 2019 bertempat di Dewan Senat, Bangunan Pentadbiran, Universiti Sultan Zainal Abidin, Kampus Gong Badak, Pejabat Pendaftar telah mengadakan program tersebut yang melibatkan seramai 75 orang staf yang sedang cuti belajar dalam negara.

Program tersebut dipengerusikan oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), YBhg. Prof. Dr. Kamarul Shukri bin Mat Teh dan Panel Penilai dilantik terdiri daripada 10 Dekan Fakulti yang terlibat.

Sepanjang program pemantauan tersebut, staf cuti belajar perlu membentangkan prestasi terkini pengajian mereka dan mengemukakan segala permasalahan yang timbul sepanjang pengajian.

CB12019

CB22019

CB32019

CB42019