BENGKEL PENGEMASKINIAN LAMAN WEB PEJABAT PENDAFTAR

IMG 20181219 111524 2000 fill 700x525

Pejabat Pendaftar telah mengadakan Bengkel Pengemaskinian Laman Web Pejabat Pendaftar pada 19 dan 20 Disember 2018. Bengkel selama dua hari ini telah diadakan di Bilik Mesyuarat Pejabat Pendaftar, Bangunan Canselori, Kampus Gong Badak dan telah dihadiri oleh semua ahli jawatankuasa Laman Web Pejabat Pendaftar.

Bengkel ini bertujuan untuk meneliti semula info, susunan, grafik dan mengemaskini maklumat terkini ke dalam laman web Pejabat Pendaftar. Dua orang fasilitator daripada Pusat Teknologi Maklumat telah dijemput bagi menjayakan bengkel ini iaitu En. Wan Amirizal bin Wan Sulong dan Che Wan Hishamuddin bin Che Wan Mansor.

 
IMG 20181219 105429 2000 fill 300x225