SESI TAKLIMAT POLISI CUTI BELAJAR BERSAMA PENASIHAT UNDANG-UNDANG UNISZA

DSC 2197a fill 790x455

KUALA TERENGGANU - Pejabat Pendaftar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dengan jayanya telah menganjurkan satu Sesi Taklimat Polisi Cuti Belajar bersama Penasihat Undang-Undang UniSZA pada 09 April 2015 bertempat di Dewan Auditorium, Blok Akademik UniSZA Kampus Gong Badak.

 

Sesi taklimat yang telah disampaikan oleh Penasihat Undang-Undang UniSZA, YBhg. Prof. Dr. Zuhairah Ariff binti Abd Ghadas ini bertujuan untuk memberi penerangan kepada staf akademik yang akan menyambung pengajian mengenai polisi, dasar serta undang-undang yang terpakai yang boleh memberi impak kepada staf Cuti Belajar dan belum mempunyai Ph.D.

Sesi taklimat yang julung-julung kalinya diadakan mendapat sambutan yang baik dengan kehadiran seramai 154 orang peserta yang terdiri daripada staf akademik yang akan menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah (Ph. D), staf akademik yang belum mempunyai Ph.D dan Dekan Fakulti masing-masing.