PERSIAPAN TERAKHIR MENJELANG MINI CONVENTION ON TEAM EXCELLENCE WILAYAH PANTAI TIMUR

DSC 1750a fill 899x530

PAKA – Menjelang pertandingan Mini Convention On Team Excellence Wilayah Pantai Timur yang akan berlangsung pada 18 Mac 2015 ini, wakil dari Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) yang terdiri daripada dua buah kumpulan iaitu Mantech dan Epsilon telah mengadakan satu Bengkel Semakan dan Pembetulan Slide Serta Buku Terakhir pada 8 hingga 10 Mac 2015 bertempat di Rumbia Resort Villa, Paka, Dungun, Terengganu.

Pada kali ini, syarikat KZK Consulting telah dijemput untuk mengendalikan bengkel ini. Kepakaran dan pengalaman yang dimiliki oleh syarikat ini telah digunakan sepenuhnya untuk membantu kumpulan Mantech dan Epsilon dalam menyemak dan memperkemaskan lagi mutu slide dan buku sebelum dibentangkan pada pertandingan yang akan dianjurkan oleh Malaysia Productivity Corporation (MPC) itu nanti.

Seramai 16 orang ahli yang merangkumi kedua-kedua kumpulan itu telah terlibat di dalam bengkel ini di samping penglibatan Jawatankuasa Pemandu KIK bagi memastikan objektif bengkel ini tercapai. Kerjasama dan semangat berpasukan yang tinggi dapat dilihat sepanjang bengkel ini berlangsung. Semoga kedua-dua kumpulan ini iaitu Mantech dan Epsilon mendapat keputusan yang terbaik pada Mini Convention On Team Excellence Wilayah Pantai Timur nanti sekaligus mengharumkan nama dan imej UniSZA di mata orang ramai.