TAKLIMAT SKIM TAKAFUL CUEPACS CARE

cuepacs fill 828x471

KUALA TERENGGANU – Pejabat Pendaftar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dengan jayanya telah menganjurkan Taklimat Skim Takaful Cuepacs Care bertempat di Dewan Auditorium Akademik, UniSZA Kampus Gong Badak pada 1 Februari 2015.

Seramai 249 peserta yang merangkumi pelbagai jawatan dalam akademik dan bukan akademik telah menghadiri taklimat ini. Tujuan taklimat ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran kepada kakitangan UniSZA tentang kepentingan skim takaful di dalam kehidupan kita dimana Skim Takaful Cuepacs Care memberi pelbagai kemudahan dalam menghadapi kesulitan hidup yang boleh datang tanpa disangka.

Taklimat ini telah disampaikan oleh Encik Mohd Shahrul Firdaus bin A. Razak daripada Maya Plan Services,Cuepacs Care. Banyak ilmu telah dapat dikongsi oleh beliau. Semoga para peserta dapat menilai kepentingan Skim Takaful Cuepacs Care ini dalam mengharungi kehidupan seharian.