• Pendaftar290817-1
  • Hari Kemerdekaan
  • tahniah
  • pelanggan
  • Banner 975x310WebRasmi
  • unisza wajah

    KURSUS TRANSFORMASI KECEMERLANGAN DIRI DAN MOTIVASI STAF UniSZA 2015

    DSC 3524a-1000

    BESUT – Pejabat Pendaftar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah berjaya menganjurkan Kursus Transformasi Kecemerlangan Diri dan Motivasi Staf UniSZA pada 27 hingga 29 Mei 2015 bertempat di Tanjung Demong Beach Resort, Bukit Keluang, Besut, Terengganu.

    Continue Reading

    PrintEmail

    KURSUS KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN ORGANISASI STAF UniSZA 2015

    DSC 3444b

    CHERATING - Pejabat Pendaftar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dengan jayanya telah menganjurkan Kursus Kepimpinan dan Pengurusan Organisasi Staf UniSZA 2015 pada 17 hingga 19 Mei 2015 bertempat di Holiday Villa Beach Resort & Spa, Cherating, Pahang. Pada kursus kali ini, Encik Alwan bin Wagiman dari HPI Consultant Sdn. Bhd. telah dijemput untuk berkongsi ilmu bersama para peserta berdasarkan pengalaman dan kepakaran yang beliau ada.

    Seramai 34 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan bergred N41-N48 daripada pelbagai Pusat Tanggungjawab (PTj) telah terlibat sepanjang kursus ini berlangsung selama 3 hari. Tujuan kursus ini berlangsung adalah untuk meningkatkan kefahaman kakitangan ini terhadap konsep kepimpinan dan pengukuhan amalan kepimpinan organisasi. Selain itu, kursus ini akan dapat membina kemahiran pegawai dalam kepimpinan pasukan dan menyelia kakitangan bawahan dengan lebih berkesan.

    Kursus ini telah diserikan oleh majlis penutup daripada Pendaftar UniSZA iaitu Prof. Madya Nordin bin Jusoh. Kata-kata semangat yang dilontarkan oleh Pendaftar sedikit sebanyak telah membakar semangat dan meningkatkan motivasi diri peserta untuk menjadi pemimpin yang berwawasan dan menjadi teladan yang baik kepada kakitangan bawahan.

    PrintEmail

    More Articles...

     |  |  | mygov | kpm | msc | mosti | myren | sl1m | jobsmalaysia