Flexible Education With Soul (FlexS)
Pengenalan
Hari ini tumpuan masyarakat kepada teknologi menyebabkan manusia lebih terasing dan menyendiri dalam kehidupan seharian. Hal ini disebabkan oleh wujudnya hubungan secara maya di antara satu sama lain hasil daripada gelombang kemajuan teknologi. Akibatnya, hubungan insaniah telah terjejas terutamanya dengan kehadiran gelombang Revolusi Industri 4.0. Pelaksanaan program Flexible Education With Soul (FlexS) di UniSZA adalah bertujuan untuk menyeimbangi cabaran Revolusi Industri (Industrial Revolution) IR4.0.